Subscribe Twitter Facebook

Khamis, 10 Februari 2011

Home » » Bio Disc

Bio Disc

Isnin 31jan lalu aku dapat panggilan daripada adik ku Madiah dari hospital Selayang tentang satu produk berkenaan Bio Disc.Itu pun dapat tau dari sepupu sbbnya kawan dia yg jual.Aku pada waktu tu tak dapat pun membayangkan macam mana benda ni...?Tapi tak kisah la kalau setakat nak dengar dulu tentang Biodisc ni.Bila dah di gitau untuk mendengar dulu penerangan tentang benda ni..aku tak kisah la..sebabnya mula kata nak bagi PERCUMA,dari panggilan yg pertama.Tapi sebenarnya adik aku dah pernah dengar pun tentang Biodisc,sebabnya dah ada org gtau tntg keberkesanan dan dah tau pun harganya dalam rm2000 lebih...Diatas nak tau lebih lagi tentang Biodisc ni tu yg buat adik aku comform suruh org tu datang buat penerangan dulu...

Ptg tu aku lambat sampai ke hospital Selayang untuk mendengar penerangan pasal biodisc ni..sampai je kat sana org tu dah habis pun terangkan pada mak dgn adik aku.Nak buat macammane adik aku pun dah setuju nak beli barang ni...

Entah la apa yang orang tu terangkan tak pasti yang buat adik dgn mak aku "terbekenan dan tertarik hati"nak beli benda ni..tapi yg aku pasti dia mmg ada tunjuk kan testimoni pengguna produk ni.Aku tak la kisah sangat kalau la benda ni betul dapat manfaat pada adik aku yg tak leh jalan tu..tapi sebaliknya macammane...???sebabnya ni kan taktik penjual..kalau ikut aku mmg tak bagi je adik aku beli barang ni tapi dah dia nak cuba,tak pe la..Insyallah dengan izinNYA mkin ada keberkesanan dan manfaatnya.Barang ni bukannya murah..MAHAL tu..!!!!bagi aku la..tapi bila di fikirkan balik tak usah diingat la,nanti mula la ada rasa menyesal plak beli benda ni.
Daripada yg aku tgk mmg la byk kebaikan yg diberitahu dan diterangkan tentang Biodisc ni...tapi hasilnya.????susah nak percaya.Wallahualam.

kat sini ada sikit la info yg aku dapat daripada biodisc yg dah adik aku beli tu..

Spesifikasi Produk:
- Berbentuk bulat diperbuat dari bahan kaca
- Diameternya 9 cm
- Beratnya 135 grs
- Tebalnya 1 cm
- Buatan Jerman


Kaca berbentuk bulat dan cembung.


Biodisc LED light

Ni antara info yang aku dapt dari carian di internet pasal Biodisc:

Antara manfaat yang dapat diperoleh daripada biodisc adalah ia menghasilkan air yang bertenaga untuk memberi kesegaran dan meningkatkan tahap keharmonian dan tenaga dalam tubuh serta memudahkan pemindahan nutrien dan mempertingkatkan biokeserasian air agar air menjadi lebih berkhasiat..



Antara lain fakta dan info tentang kualiti dan ketulinan air.

Penyulingan air.
Penyulingan air, misalnya ialah satu proses lama yang digunakan sejak beratus-ratus tahun lalu. Ia diproses menerusi air yang dididih di dalam sebuah dandang. Apabila ia mendidih, ia mengewap. Wapnya bergerak ke bahagian lain di dalam unit itu dan apabila wap itu disejukkan, ia memeluwap menjadi air semula. Air ini adalah 99.9 peratus tulen dan menghapuskan nitrat, klorida, bakteria dan garam lain.

Bagaimanapun, kaedah ini memakan masa dan tenaga untuk menulenkan air. Lazimnya, ia juga tidak berkesan untuk menapis pencemar seperti benzena dan radon.

Proses Osmosis Songsang (reverse osmosis - RO)
Proses Osmosis Songsang (reverse osmosis - RO) ialah menerusi tekanan air yang tinggi digunakan untuk memaksa molekul air melalui membran separuh telap yang mempunyai liang membran yang amat halus. Air yang melepasi membran itu adalah hampir air yang berada di sebelah lagi yang mengandungi segala pencemar itu dikumbahkan.

Cara ini juga boleh membantu menghapuskan garam, bakteria, arsenik, klorin, florida, logam berat, nitrat, besi, mendapan, bau, parasit mikroskopik termasuk virus.

Kebaikan/Keburukan : RO sangat berkesan untuk mengurangkan sejumlah besar pencemar kesihatan dan estetik. Walaupun prosesnya lebih perlahan daripada penapis karbon atau sedimen, tetapi sistem RO boleh membersihkan lebih banyak air sehari berbanding dengan penyuling, dan ia lebih murah dioperasi dan disenggarakan.

Menerusi penapis seramik
Menerusi penapis seramik, air diproses melalui liang media penapisan seramik yang sistem penapisannya terlalu ketat untuk membolehkan bakteria dan mikroorganisma tertentu melaluinya. Cara ini boleh membantu menghapuskan serat asbestos, bakteria tertentu dan zarah bahan lain walaupun ia tidak akan menghapuskan virus atau pencemar yang terlarut di dalam air seperti klorin, plumbum, raksa, trihalometana atau sebatian organik yang lain. Kadar pengaliran penapis seramik agak perlahan dan ia perlu dibersihkan dan diganti secara kerap.

Penapis Butiran Karbon Teraktif (GAC)
Penapis Butiran Karbon Teraktif (GAC) dicipta daripada sejumlah bahan yang berasaskan karbon melalui satu proses bersuhu tinggi yang mencipta satu matriks yang mengandungi berjuta-juta liang mikroskopik dan rekahan. GAC bertindak apabila sesetengah bahan kimia dan zarah mikroskopik melekat dan berkumpul di liang kecil apabila air melaluinya. Air yang melepasi penapis itu adalah air yang bersih.

Cara ini membantu menghapuskan klorin, pencemar organik, bau dan rasa yang tidak menyenangkan, bahan kimia dan gas. Untuk jangka panjang, penapis GAC akan menjadi kurang berkesan dalam mengurangkan pencemar kerana liangnya tersumbat dengan zarah. GAC tidak boleh menghapuskan TDS, logam berat, virus dan kebanyakan bakteria.

Proses pelembutan air pula adalah satu teknik yang menghapuskan mineral yang menyebabkan air menjadi liat (mengandungi lebih banyak mineral berbanding air biasa), yang dalam kebanyakan kes ialah kalsium dan magnesium.

Koloni mikroorganisma boleh menjadi mantap dan membiak pada permukaan resin yang kaya nutrien. Kepekatan natrium yang meningkat boleh menjejaskan rasa air dan ia tidak baik untuk mereka yang berdiet rendah natrium. Selain ‘mineral yang liat’, unit penukaran ion yang mudah tidak dapat menghapuskan pencemar yang lain.

Menerusi cahaya ultraungu, air dilalukan melalui satu ruang yang terdedah kepada cahaya ultraungu (UV). Sistem AUV menghasilkan cahaya pada jarak gelombang tertentu dan ia berupaya menyahaktifkan kebanyakan mikroorganisma.

Bakteria, virus, kulapuk, alga dan yis tidak aktif. Ia juga tidak meninggalkan bau atau rasa kepada air yang dirawat. Sejauh mana bagusnya fungsi sistem itu bergantung pada dos tenaga.

Sistem penulenan air yang tersenarai di atas hanyalah beberapa sistem yang boleh didapati pada masa sekarang. Ada banyak lagi sistem dalam pasaran yang bergantung pada keperluan dan peruntukan anda, namun anda harus sentiasa ingat bahawa setiap sistem memerlukan servis dan penyelenggaraan.

Yang pastinya banyak teknologi baru akan terus dicipta dan akan muncul sistem penulenan air yang lebih canggih yang menggabungkan beberapa sistem itu untuk menghasilkan prestasi lebih baik.

0 ulasan: