Subscribe Twitter Facebook

Sabtu, 18 September 2010

Home » » Buah zaitun

Buah zaitun



Zaitun atau di kenali pada nama saintifiknya sebagai Olea eurofaea dari family oleaceae Juga merupakan satu buah yang diberkati oleh Allah

"Allah bersumpah dengan buah Zaitun kerana padanya terdapat sumber makanan dan ubatan".

Segala yang terdapat pada pohon zaitun memberi manfaat kepada manusia bermula dari minyak, kayu, daun dan buahnya.

Minyak zaitun amat terkenal di kalangan orang Arab kerana cahaya yang dipancarkannya bersih bertepatan dengan firman Allah Lampu itu dinyalakan dengan dari pokok yang banyak manfaatnya, pokok zaitun yang bukan saja disinari matahari ketika naiknya dan bukan sahaja ketika turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari)hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya yang bersinar(kerana jernihnya) walaupun ia tidak di sentuh api.

Minyak zaitun juga digunakan sebagai bahan masakan dan dapat menghilangkan kesan lecur akibat terkena api dengan menyapu minyak pada bahagian kulit tersebut. buahnya yang pahit juga dapat membaik pulih perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit ,penawar racun serta melambatkan tumbuhnya uban.

Rasul pernah bersabda Ertinya: ’Makanlah buah Zaitun dan gunalah minyaknya kerana itu adalah buah berkat. Kita pasti tidak akan mendapat keberkesanannya tanpa mencuba terlebih dahulu.

0 ulasan: