Subscribe Twitter Facebook

Khamis, 23 Disember 2010

Home » , , » Khasiat Ikan Haruan.

Khasiat Ikan Haruan.


Bila sebut ikan haruan mesti ada yang rasa loya,tak pun mesti geli bila tgk ikan tu... pulak tu bila dah di masak berlendir.. tapi itulah ubat terbaik.Aku makan ikan haruan setiap kali lepas bersalin,masa dalam pantang.Masa dalam bersalin kan anak sulung dulu sampai cukup 44 hari makan ikan haruan ni..mmg jemu juga la tapi tukar2 menu masakan.kadang2 masak singgang,kukus,sup atau bakar.Tapi Memang bagus sebab nak bagi luka luar dan dalam cepat sembuh.
Aku amalkan makan ikan haruan ni sampai lah bersalin anak ke3.

Tidak dapat dinafikan lagi, kebanyakan pakar pemakanan berpendapat, mengambil ikan dalam makanan adalah baik untuk dijadikan menu diet kerana memberikan banyak manfaat pada kesihatan.

Apatah lagi, hasil kajian sudah pun membuktikan ikan mengandungi protein yang berkualiti tinggi, di samping asid amino yang diperlukan tubuh untuk pertumbuhan, malah memiliki kandungan khusus yang dapat mengurangkan risiko berbagai penyakit.

Khasiat Ikan Haruan.
1.Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik
2.Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
3.Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
4.Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.
5.Dari kajian saintifik didapati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan
6.Lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya.
7.Ikan Haruan mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit

0 ulasan: