Alhamdulillah,hari ini dapat kita lalui hari2 yang baik dengan rasa kesyukuran kepadaNya.Semoga apa yg kita lakukan hari ini dan semalam adalah keranaNya...dan bukan semata mata mengejar kebendaan duniawi sahaja
kali ni nak kongsi sikit pasal tanda tanda tumbuh gigi ank2.Alhamdulillah ank aku sofea dah tumbuh gigi pertama,semasa umurnya 7bln.he..he.. comel je tgk..dia tumbuh gigi bawah dulu dah naik 2 batang.Sekarang ni nampak dah tunggul kat atas..nak tumbuh lagi la gigi kat atas tu..Kesian juga masa gigi ni mula nk keluar,tapi alhamdulillah la dia tak teruk demam.Biasanya anak nak tumbuh gigi memang ada tanda2,macam tidur tak berapa nak lena sebabnya sakit,air liur meleleh,pipi merah je..,suhu badan panas nak demam tapi tak la lebih sampai 39 C,gusi ada yg bengkak dan merah,selalu nak menggigit benda yang boleh mengurangkan rasa sakit dan mkin ada yg kurang selera makan.
baru2 ni sofea tumbuh lg satu gigi baru. Sofea dah ade 2 gigi bawah, yeyy! em tapi yg kesian nye kat mama la, ye la kan..Sofea ni still nyusu badan, kadang2 tu saje je dia gigit sekuatnya!! Bila aku menjerit ha.. ha.. dia boleh mengekek ketawa.ya Allah tak tau ke mama ni sakit hehe..Sofea..sofea..kadang2 tu kalau aku geram sgt,bila dia gigit je,aku cepat2 picit hidung dia hahahah tak bernafas dia lepas la.. dr mengigit hahaha...(ni pun mak aku yg bagitau sbbnya dulu2 kami adik beradik pun sama gak).
Tapi Sofea ni rasanya antibodi badan dia kuat,sbbnya abg Iman dan Kak Lisa dulu klu nak berubah bulan atau nak pandai ape2 terutama nak tumbuh gigi mesti demam atau pum berak2 byk kali dlm sehari tu...huh..teruk mama nak menggantikan pampers tu..
Ini ada sikit info yg dapat dikongsi dari pembacaan aku,
SEBENARNYA tumbuhnya gigi bayi sudah dimulai sejak ia masih berupa janin. Namun karana pertumbuhannya masih di dalam rahang, maka proses ini tidak terlihat oleh mata kita. Makanya istilah yang lebih tepat untuk menamakan proses keluarnya gigi pada bayi sebenarnya bukan tumbuh, tapi "muncul".
Cara membantu bayi yang tumbuh gigi
• Beri dia banyak minum untuk menggantikan cairan yang hilang karana banyak air liur yg meleleh.
• Memberinya teether untuk digigit (yang dapat didinginkan di peti ais lebih baik).
• Ada ibu yg berjumpa doktor menyarankan memberikan anak-anak seperti parasetamol.
• Sapukan krim pencegah ruam ke dagu, leher dan dadanya untuk mencegah iritasi kulit di daerah yang terkena liur.
• Alihkan perhatiannya dengan banyak pelukan atau mainan.
Harapnya kali ni bila Sofea dah byk gigi rajin2 la gosok gigi.sekarang ni pun dah mulakan bagi dia berus gigi semasa mandi bagi dia biasa.He..he.jangan cam Kak Lisa gigi atas dah rosak sama dgn abg Iman..
0 ulasan:
Catat Ulasan