Subscribe Twitter Facebook

Sabtu, 22 Januari 2011

Home » » Dalam seminggu.

Dalam seminggu.

17hbJan2011.
KARIPAP OH KARIPAP
Ape nak buat mendung ni..?Cuaca kat luar macam nak hujan.Perut lapar gak ni....Fikir punya fikir pe kata buat karipap sardin sedap gak ni..ha..tetiba je idea tu datang.Leh la ajak sekali Meah dgn Lin ni..ajak kroni2 ni baru meriah sikit.Sebenarnya aku dah buat pun karipap minggu lepas,tapi saje je la..kononnye nak tunjuk la kepakaran kat diaorg nak belajar cara2 nak buat karipap.Hasilnya ok la..ni pun berkat belajar dgn makjang la..(pas ni kot boleh pasang payung kat bawah pasang meja..suruh anak2 jerit KARIPAP PANAS...)he..he..
Petang tu menjadi karipap sardin dgn daging(lebihan inti yg aku buat).
Alhamdulillah kena pulak mmg langkah kanan la adik aku yg no2 dtg,siap tapau bawa blk lagi tu..



19hbJan2011
MERPATI OH MERPATI PUTIH
Hari ni bgn awal dari biasa,sebabnya mak abah dgn adik nak datang.Adik hari ni ada chek-up di hospital Selayang.Abg lah yg hantar sebabnya abah tak tau jalan nak ke sana.7pg abah dah sampai.Aku macam biasa lah rutin harian menyiapkan Iman dan menghantarnya ke sekolah.
Petang tu adik Madiah dah boleh keluar Wad.Kami ni ada misi lain pulak ni nak mencari burung merpati putih.Mana ye..nak cari..?Burung tu nak buat berubat adik.Puasnya mencari satu Kepong..pusing2 mencari kedai menjual burung..hampa betul la tak jumpa.Kami cuba pulak pusing kat area Sg Buloh pulak..pusing dah 2kali ni..baru la perasan ada satu kedai menjual binatang.Masuk je dlm kedai mmg ada burung merpati tapi tak da yg warna putih.Akhirnya dah keletihan kami blk tanpa mendapatkan burung merpati.Memang tak da rezeki la adik nak dapatkan burung merpati tu..Petang tu juga mak abh blk..



20hbJan2011
SEMBELIT OH SEMBELIT.
Hari cuti Thaipusam.Iman tak ke sekolah.Ingatkan nak rehat la sikit..rupanya lagi letih bila Iman tak ke sekolah.Macam2 benda nak buat.Tapi yg paling merisaukan aku Sofea ni..tak pernahnye dia dah 10bln,baru ni nak sembelit pulak..kesiannya dia dari malam dah cuba nak"membuang" tak juga berjaya.Kiranya dah masuk hari ke3 la..ni.Aduh macamana nak buat ni..?Dah cuba gak bagi makan pisang,tak ok pun..sampai merah dah bontot.pagi ni kalau tak berjaya gak kena gak lah gi Farmasi cari ubat sumbat punggung tu..Alhamdulillah..akhirnya pagi tu Sofea dah ok..tak payah nak gi beli ubat.Dengan sendirinya boleh keluar..ha..ha..kesiannya anak mama.



21Jan2011
SELSEMA OH SELSEMA.
Minggu ni betul la minggu sakit..pas sofea sembelit Iman pulak dengan Lisa kena demam selsema.Iman kalau demam mmg meragam.Malam tu menangis je merengek.Nasib la Lisa ni kuat orangnya.kalau demam pun kurang nak meragam pulak tu masih boleh aktif lagi main2.Iman aku paksa juga ke sekolah sebabnya bukan lah teruk sangat pun selsema je..lagi pun hari jumaat blk awal.Ingatkan sofea ni kuat daya tahan diri melawan selsema abg dgn kakak rupanya dia pun sekali kena selsema..(mana taknye abah nya pun sekali kena.)Sofea kesian kat dia nak tidur pun susah.Ni pun satu puncanya dia nak tumbuh gigi atas.macam2 la penyakit la yg datang sampai nak demam.Nasib mama ni kuat lagi daya tahan melawan penyakit kalau tak satu rumah kena..Harap cepat lah sembuh selsema anak2 mama ni..

0 ulasan: