Subscribe Twitter Facebook

Isnin, 20 Disember 2010

Home » » Hikmah Sakit

Hikmah Sakit


Entah kenapa malam tadi aku berasa sayu dan sedih melihat keadaan adik ku yg terlantar dikatil akibat kemalangan yg menimpanya pada27jan 2010 yg lalu.Akibat dr kemalangan itu dia lumpuh separuh badan dari pinggang kebawah.Sudah hampir 11bulan keadaannya masih tiada perubahan.Pelbagai usaha rawatan telah dicuba.tapi masih belum nampak perubahan.Tapi dia masih cekal dan tabah menghadapi ujian dariNya.Kesabaran mak abah yang tidak pernah jemu untuk menguruskan adik memang tidak terbalas.Hanya Allah yang dapat membalasnya betapa besarnya pengorbanan mereka.

Ketika melihat dia sakit tersedar bahawa akan nikmat sihat.Kesakitan itu bukan bermakna Allah Taala membenci kita tapi sebaliknya sakit itu adalah satu ujian bagi membuka minda dan hati untuk menyedarkan diri dan menginsafi diri betapa kerdilnya kita di muka bumi ini.Sakit adalah membawa kita kepada erti kesedaran dan keinsafan.

Doa sekiranya ditimpa kesakitan / penyakit
Usman bin Abu Al- ‘Ash As-Saqqafi berkata : “Saya telah pergi bertemu Rasulullah SAW, sedang pada masa itu saya mengalami suatu penyakit yang agak berat, maka Rasulullah SAW bersabda :

“Usapkan tangan kananmu pada tempat yang sakit itu dan jampilah dengan doa ini sebanyak 7 kali.

أعوذُ بِعزّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرّ مَا اَجِدُ

Maksudnya: “Dengan nama Allah , aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kecelakaan yang aku alami.”

(Hadis riwayat Nasa’i)

Bagi mereka yang bersabar ketika ditimpa musibah atau sakit nescaya ia akan dicatat sebagai suatu amalan mulia yang berhak mendapat pahala dan darjatnya di sisi Allah.

*Rasulullah bersabda: “Tidaklah seorang mukmin yang terkena sesuatu penyakit meskipun hanya pada uratnya sahaja, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan penyakit tersebut, akan dicatatkan baginya suatu kebaikan dan diangkat darjatnya.” (Hadith riwayat Imam Tabrani)

*Dengan penghapusan dosa-dosa serta ganjaran pahala bagi mereka yang redha dengan ujian Allah, maka tentu sekali sifat sabar ketika ditimpa penyakit ini merupakan salah satu faktor yang dapat memudahkan seseorang itu memasuki syurga di akhirat kelak dan menjauhkan seseorang itu dari tercampak ke neraka jahanam.

*Allah SWT berfirman: “Dan kami berikan ujian kepada mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran).” Surah Al-A’raf:168

Begitulah kasih sayang Allah yang tidak mahu hambaNya terus dalam kelalaian.

Bagi adik kami sentiasa bersama mu...moga apa yang berlaku ada hikmat disebaliknya..AMIN.

0 ulasan: