Subscribe Twitter Facebook

Selasa, 21 Disember 2010

Home » , » Cerita Bantal Busuk

Cerita Bantal Busuk


Salam.Kali ni nak buat cerita pasal anak2 perempuan aku pulak.sememangnya mereka ni ada tabiat suka memeluk bantal busuk.Kemana saje pergi mesti nak bawa.Biasanya bantal ni sangat2 diperlukan bila nak tidur atau menyusu.Sebenarnya Lisa mulanya tak pernah pun ada bantal busuk,rasanya mula semenjak dia mula berhenti menyusu badan.bila nak hisap susu botol je mesti nak pegang sesuatu...aku bagi la bantal peluk.Tak sangka pulak bantal tu dah jadi peneman dia bila2 masa nak menyusu dan tidur.Mula2 dulu memang tak nak bagi juga,tapi dah terbiasa bila tak dapat mesti meragam...

Bantal tu dah lusuh dan buruk tapi tu la yang dia sayang.Bila masa nak basuh mesti kena pujuk baik2.Itu pun sementara nak tunggu kering gelisah,menangis tak senang duduk,tak boleh tidur.Asyik tanya bila boleh sarungkan dgn bantal.


Dipercayai tabiat mempunyai bantal busuk menjelang tidur bukan disebabkan oleh faktor genetik mahupun personaliti sesebuah keluarga. Ia suatu perbuatan yang sudah terbiasa sejak kecil lagi.

Pensyarah dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail berkata, bantal kegemarannya ini berfungsi sebagai transitional object. Ia seolah-olah memberi perlindungan dan anak-anak akan merasa selamat apabila objek ini berada di sisinya.

”Mereka telah biasa dengan bau dan rupa serta selesa dengan bantal itu apabila hendak tidur. Jika dibasuh atau diganti dengan yang lain, anak tidak mudah tidur dan sering teringat dengan bantal busuknya,” katanya ketika ditemui di Bandar Tun Razak, baru-baru ini.

Menurut Dr. Wan Salwina, transitional object tidak semestinya bantal, boleh jadi objek lain seperti anak patung kegemaran anak-anak, selimut dan sebagainya.

”Sebagai contoh, sejak kecil ibu bapa telah membelikan anak patung sebagai permainan anak perempuan mereka. Disebabkan itulah maka anak itu lebih gemar bermain anak patung berbanding permainan yang lain dan kebanyakan kanak-kanak perempuan gemar menjadikan anak patung yang lembut dijadikan teman ataupun dipanggil ‘bantal busuk’,” ujarnya.

Ada juga berpendapat, selimut dan kain napkin yang digunakan juga sering dijadikan bahan heretan ke mana sahaja anak ini pergi.

Justeru itu, boleh dikatakan setiap kanak-kanak mempunyai transitional object yang tersendiri bagi membuatkan mereka berasa selesa dan selamat walaupun ketika berjauhan dengan ibu bapa.

Aku pun tak pasti bila la agaknya Lisa akan berenggang dgn bantal busuk ni...Harap2 tak lah sampai dewasa.
LISA ...MAMA NAK BASUH BANTAL NI YE.....pujuk Aku..

0 ulasan: