Subscribe Twitter Facebook

Jumaat, 18 Mac 2011

Home » » Botol Susu Polikarbonat

Botol Susu Polikarbonat

Baru baru ni aku dikejutkan dgn berita Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.
Bila dengar berita tu takutnya,nak bagi Lisa susu dengan botol ni..Dia dah besar 2thn setengah dah rasanya dah sampai masanya kot untuk bagi dia renti dari hisap susu dengan botol.Lepas ni nak kena la ajar minum susu dalam cawan.

Belum terlambat rasanya untuk memaklumkan kepada para ibu bapa dan juga bakal ibu supaya tidak membeli atau menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana ianya boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.
Menurut kajian penyelidik bebas, BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi.
Untuk info, Botol susu bayi polikarbonat adalah bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:







Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Dalam hal ini, sebagai pengguna,ibu bapa kita boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA (dilabel dengan perkataan BPA Free) mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Apa2 pun sebagai ibu seeloknya bagi la anak dengan susu ibu.Susu ibu memang terbaik.

0 ulasan: