Subscribe Twitter Facebook

Isnin, 10 Januari 2011

Home » » Akademi Al-Quran musim ke-5

Akademi Al-Quran musim ke-5


Malam sabtu tadi bermulanya episod pertama rancangan Akademi al-quran musim yg ke5.
Episod AQ5 kali ni menceritakan tentang ujibakat-ujibakat yang berlangsung di beberapa buah negeri di serata Malaysia. MasyaAllah, punyalah ramai orang yang pergi ujibakat. Memanglah sambutannya tak semeriah ujibakat Mentor, Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan rancangan yang sewaktu dengannya, tapi alhamdulillah sambutan untuk program yang berbentuk keagamaan macam ni pun agak menggalakkan. Yang buat aku rasa kagum bilamana ramai yang dtg semuanya muda2 dan masih bersekolah.


Akademi Al-Quran Musim Ke-5 bakal menampilkan dua hos , Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin.

Seronok tengok episod kali ini melihat mereka mencari bakat2 pencinta al quran di merata negeri.Jujur dan ikhlas aku kata kan kagum dgn kesungguhan peserta yg semuanya pandai serta tinggi ilmu al quran dalam bertaranum dan qiraat,semuanya muda2 lagi.Terasa rendah diri,byk lagi kekurangan pada diri yg perlu diperbaiki dlm ilmu al quran.Tengok bersama anak ku Iman sambil beritahu yang mama nak Iman dan adik2 semua pandai macam ni tau..sejuk perut mama bila tgk ank2 pandai mengaji.

Bagus lah TV9 buat program macam keagamaan macam ni,sebabnya selain kita mononton bersama keluarga,kita dapat ilmu dan muhasabah diri juga untuk memantap ilmu al quran.

Harapnya dimasa hadapan byk lagi lah program2 keagamaan macam ini.
ok kita tunggu episod minggu ini untuk mengatahui siapa peserta AQ5 kali ini,yg pastinya menampilkan peserta2 yg hebat.

0 ulasan: