Subscribe Twitter Facebook

Isnin, 27 Disember 2010

Home » , » Demam Panas

Demam Panas


salam...Hanya nak kongsi cerita dan pengalaman pada kawan2.Anak ku yg ke2 Lisa pernah kena demam panas sampai tarik sawan.Kena hati2 bila anak demam.Selalunya aku pernah dengar je cerita org bila anak kena tarik sawan ni..akhirnya berlaku sendiri pada anak ku.

Sejak Lisa kena demam panas pastu kena sawan nih.. ramai kawan yg tanya nak buat apa kalau anak kena demam panas dan kalau kena sawan tarik tu kat rumah, nak buat apa...

So ni ada sikit ilmu dari pengalaman yg aku lalui masa Lisa kena sawan tarik ni.. harap dpt dikongsi bersama-sama kawan-kawan semua.....dalam pada masa yang sama untuk jadikan pengajaran untuk aku..sebab jangan pandang ringan bila anak demam.

Tanda-tanda demam panas:

1. Suhu badan cecah 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala hangat, tp tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki, tgn sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tgn, muka, kaki dh biru tu cpt2 la bw klinik/ hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je... sb badan tak selesa...

Apa nak buat kalau anak demam panas?

1.periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama pd sebelah malam krn menurut kata nurse kat hospital, kalau mlm lagi cpt suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan)
Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dh sampai 37°C tu cepat-cpat la balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah start demam panas, balut badan nya dgn kain basah. Mandikan dia dgn air sejuk. Mula siram kan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dgn kepala.

3. Kalau suhu badan anak tak turun juga, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkan lah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bw ke klinik, bg doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, jgn la biarkan je... sentiasa pantau suhu nya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sblm rujuk anak ke klinik.

Sawan ni mungkin boleh dtg balik bg anak-anak yg pernah kena masa demam panas. setiap kali anak demam, sentiasa la kena pantau suhu dia.

Macam Lisa,tiap kali dia demam paling risau sbb takut berulang.ikut juga pesanan Bapa mertua cara tradisional,lumurkan dgn air asam jawa dari kepala sampai ke kaki.Sbb tak nak bg sawan dia dtg balik lepas ni kalau dia demam. Sawan ni boleh menyebabkan efek pd otak.

Tapi alhamdulillah,dah setahun berlalu tak pernah berulang lagi sawan tu.Kalau setakat demam2 biasa tu ada la..



Insya Allah, harap info ni dpt dikongsi dgn kawan-kawan. Kalau ada yg kurang, harapnya dpt lah ditambah atau diperbetulkan. Apa yg aku tulis ni atas pengalaman aku juga. Dan masa Lisa kat hospital aku byk tanya doktor dan nurse.

Doa mama. semoga anak-anak mama dikurniakan kesihatan yg baik dan membesar dgn bijak,dan menjadi anak yang soleh dan solehah. insya Allah Amin........................

0 ulasan: