Subscribe Twitter Facebook

Khamis, 2 September 2010

Home » » Salah satu buah syurga yang ada di bumi ini

Salah satu buah syurga yang ada di bumi ini

Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.

Diantara kelebihan buah tin:

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda

"Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.

Buah tin kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah tin yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah tin kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar. Pengeringan buah tin mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.

KHASIAT BUAH TIN

Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:
Penyakit Buasir
Batuk yang berpanjangan
Melawas kencing

0 ulasan: