Subscribe Twitter Facebook

Sabtu, 7 Ogos 2010

Home » » ramadhan

ramadhan

Tinggal lima hari umat Islam akan menyambut ketibaan bulan paling mulia iaitu Ramadan. Ramai tahu bulan itu diwajibkan berpuasa.
Namun, disebaliknya ada pelbagai peristiwa penting sepanjang Ramadan bermula dari zaman Nabi Muhammad pada 661 masihi hingga zaman moden iaitu ketika tercetusnya perang Arab-Israel pada Oktober 1973.
Peristiwa paling agung ialah penurunan kitab suci al-Quran ketika masyarakat Arab dalam kegelapan(jahiliyah).
Mereka menjalani kehidupan yang betentangan dengan nilai agama Islam, antaranya menyembah patung dan menanam bayi perempuan yang masih hidup.
Pada bulan ini juga berlaku Perang Badar, persiapan Perang Khandaq, pembebasan kota Makkah, penghancuran patung sembahan, perjalanan ke Tabuk, Perang Qadisiyah, Parsi, Pembebasan Andalus, Perang Salib (Pembebasan Palestin), dan Perang Ain Jalut.
Semua peristiwa berkenaan terhimpun kemenangan yang dicapai terutama dalam peperangan besar umat Islam. kemenangan demi kemenangan yang diraih menyingkap kekuatan sebenar umat Islam yang menghadapinya dalam keadaan sedang lapar dan dahaga.
Justeru, sebaliknya umat Islam kini mengambil iktibar dan berusaha dengan gigih membuktikan umat Islam adalah umat terbaik dan terbilang.


0 ulasan: