Subscribe Twitter Facebook

Rabu, 9 Mac 2011

Home » » Daftar sekolah Iman

Daftar sekolah Iman



alhamdulillah..selesai sudah buat pendaftaran sekolah Iman untuk tahun satu nanti 2013.walaupun masih awal tahun 2011 tapi mesti kena daftar awal..tak sangka cepat je masa berlalu Iman pun dah 5thn tak lama lagi dah nak masuk tahun satu.masa masuk mula tadika Iman pun tak nangis..kalau sembang dengan dia rasa macam tak sabar je dia nak masuk sekolah,semangat betul..harap2 biar la semangat tu sampai bila2 ye..Iman.

Mula sampai je kat sekolah tu kena la dulu ambik pas pelawat kat guard.Dah tulis nama baru leh masuk dalam...huh..lama betul la aku tak masuk kat dalam sekolah,rasa lain macam je..teringat pulak dulu2 masa sekolah rendah.tapi tak la secanggih sekolah sekarang ni..sekolah sekarang ni mmg jauh bezanya..

Aku tercari-cari pejabat..o..rupanya kat tingkat1.dah sampai minta borang pendaftaran dan isi semua maklumat yg perlu disi..

alhamdulillah semuanya selesai dengan lancarnya sebab aku bawa semua dokumen yg diperlukan..seperti yg diminta bawa
1)surat beranak asal
2)potostet kad pengenalan mama abah dan Iman
3)bil lektrik atau pun air
4)setem 80sen 2keping
5)sampul surat 2keping

selesai sudah pendaftaran sekolah Iman untuk 2013,Iman dapat nombor 74.hu..mmg ramai pelajar.sekolah ni mmg ramai pelajar.untuk tahun 1 2011 ni saje dah 13 kelas.Pendaftaran ni dibuka 1march sampai 30April.

permohonan pendaftaran boleh juga dibuat secara online.
layari laman web jabatan pelajaran selangor.

http://apps.moe.gov.my/esppsel/

0 ulasan: