Subscribe Twitter Facebook

Jumaat, 14 Januari 2011

Home » » Penyusuan ketika Hamil

Penyusuan ketika Hamil


MENYUSUKAN ANAK KETIKA MENGANDUNG @ HAMIL.... aku memang menyusukan badan Lisa dari sejak dia dalam hari, sampai lah umur dia setahun 2bln, bila mengandung kali ke3, timbul rasa susah hati yang amat sangat dalam diri aku, sebab orang tua² kata, bila kita mengandung, kita kena stop breastfeed baby sebab kononnya susu tu bukan milik anak yg menyusu tapi dah jadi milik baby dlm kandungan..., aku banyak jugak mencari² fakta tentang penyusuan masa mengandung ni dari segi PERUBATAN & SYARAK... Alhamdulillah, banyak sangat info² kat internet dari mereka yang pakar dalam bidang ni tentang penyusuan waktu hamil.... sedikit sebanyak aku dah rasa tak susah hati, aku tanamkan azam yang sekurang2nya walaupun aku mengandung, Lisa tetap berhak dapat susu ibu sekurang²nya sampai umur dia 2 tahun (ikut sunnah Nabi Muhammad SAW)... sebagai makanan tambahan, aku bagi jugak Lisa minum tiap2 pagi masa susu tambahan Dumex Drugo 1T.
Bukan aku berniat nak buat di lupa pada susu badan, tapi cuma sebagai tambahan.

umur Lisa dengan adik bezanya 18 bulan je, mmg aku menyusu juga sampai 4 bulan lebih mengandung. Alhamdulillah bila si adik lahir sihat walafiat.mmg betullah lps kandungan 4 bulan susu kita dh kurang,dan Lisa pun aku ganti dgn susu botol. anak2 aku semua beza tak jauh mana. setakat ini pengalaman bersalin pun tak sesusah mana,tapi ceaseran lah...(sedih,tak leh ngandung lagi...)

Tu pengalaman aku semasa mengandung ank ke3,tapi sedihnya aku tak dapat gak bagi Lisa menyusu sampai cukup 2thn,sbbnya dia sendiri yg berhenti.

Syukur alhamdulillah kerana mampu menyusukan semua anak2 mama sehingga 2 tahun walaupun Lisa tak sempat 2thn seperti yang di galakkan.Insyallah Sofea akan dapat teruskan menyusu ye..

Secara peribadi, aku mendapati bahawa susuibu itu adalah satu kesinambungan yang menyambungkan pengaliran darah dari ibu kepada si anak. Susuibu inilah yang akan berterusan membentuk hati anak. Orang zaman dulu lain, zaman mak mama dulu...susuibu dan kepentingannya tidak disebarkan seperti sekarang. Malah zaman turut berubah. Banyak anasir yg tidak baik pada zaman ini yang berleluasa. Mama meletakkan harapan agar melalui menyusu ibu, berdoa hati yang terbentuk dalam diri Iman,Lisa dan Sofea adalah hati tawaduk dan yang mudah dibentuk dengan doa dan iringan zikir selama menyusukan mereka.Mama berdoa semoga dengan penyusuan ini anak2 mama menjadi anak yang baik dan mudah dibentuk. Sebagai seorang ibu pastinya mahu melihat anaknya berjaya di dunia dan akhirat.



SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Firman allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 233:

Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.

Imam As-Syafie berkata:

“Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

Kelebihan menyusukan anak :

**Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.


**Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

untuk info lebih byk leh lah layari http://duniasusuibu.com

0 ulasan: