Subscribe Twitter Facebook

Selasa, 7 Disember 2010

Home » » Salam Maal Hijrah 1432 H

Salam Maal Hijrah 1432 H


Syukur kepada Allah kerana kita masih dilanjutkan usia untuk melayari tahun baru. Tahun baru Hijrah yang begitu bermakna hendaklah dipergunakan untuk sebaiknya demi kehidupan yang lebih baik. Syukur sangat-sangat, kerana kita masih diberi ruang dan peluang. Ruang untuk membetulkan segala kesilapan dan peluang untuk memperbaiki segala kekurangan. Terutamanya kesilapan dan kesalahan terhadap-NYA. Dan ‘kekurangan’ mengatur langkah dalam menghampiri-NYA. Kesilapan dalam menanam noda dan menuai dosa. Dan kekurangan dalam meraih pahala. Cuba kita pejamkan mata dan cuba pula mencongak dalam fikiran. Berapa banyakkah dosa yang pernah kita lakukan? Masya-Allah sentiasa bertambah dan berganda sejajar dengan peningkatan usia.


sempena Tahun baru hijrah ini mari lah kita sama sama memperbaiki diri kearah yg lebih baik.Semoga kita sentiasa diberkati Allah.AMIN

0 ulasan: