Subscribe Twitter Facebook

Ahad, 14 November 2010

Home » » Perkahwinan Raja Farah-Megat Bashirun

Perkahwinan Raja Farah-Megat Bashirun

Bagaikan suatu keajaiban yang besar dirasai oleh pasangan pengantin baru, Raja Farah Raja Aziz, 22, dan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria, 25, setelah selesai diijabkabulkan.

Pasangan ini dinikahkan pada 12 November 2010, Jumaat, di Tropika.Biarpun semuanya dilalui dalam masa yang singkat, namun majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan baik dan lancar.

Perkenalan Farah dan Megat bermula pada Februari tahun ini dan selepas lapan bulan pasangan ini mengambil keputusan untuk diijabkabulkan. Lantas mereka terus membuat persiapan perkahwinan selepas Hari Raya Puasa lalu.

Pasangan yang pernah dilanda gosip hamil anak luar nikah ini merancang untuk berbulan madu di Pulau Sipadan, Sabah dan Pulau Raja Ampat, Indonesia.

Mereka menyerahkan kepada kuasa Allah untuk menetapkan rezeki anak dan sebolehnya mereka merancang memiliki tidak lebih daripada empat orang anak. Kebetulan Farah juga mempunyai empat adik-beradik dan dia merupakan anak ketiga.






0 ulasan: