Subscribe Twitter Facebook

Isnin, 4 Oktober 2010

Home » » Bunga tiruan sebagai penyeri ruang

Bunga tiruan sebagai penyeri ruang



PILIHAN bunga tiruan sebagai penyeri ruang kediaman kian popular kerana lebih mudah dan praktikal.

Apatah lagi ia kelihatan bagaikan bunga segar jika kena dengan padanan atau konsep dekorasi pilihan.

Harga yang lebih murah dan mempunyai daya tarikan tersendiri membuatkan ia sering diminati kebanyakan pemilik kediaman.

Bagaimanapun, bunga tiruan daripada plastik atau fabrik juga memerlukan penjagaan rapi.

Biar pun tidak serumit bunga segar, namun ia juga mudah terdedah kepada habuk atau pelbagai kotoran yang mengganggu penampilannya.

Panduan berikut boleh membantu anda membersihkan bunga tiruan supaya sentiasa kekal menarik:

1) Masak air yang dicampur sedikit garam kasar hingga mendidih.

2) Tuang air yang masih suam itu ke dalam baldi dan campur dengan cecair pencuci.

3) Kemudian bunga tiruan perlu direndam selama tiga hari.

4) Angkat bunga tiruan dan gantung dalam keadaan terbalik.

5) Kotoran yang masih terlekat pada bunga mudah dibersihkan.

6) Anda hanya perlu menyembur air menggunakan paip getah.

7) Jemur bunga tiruan itu dalam keadaan terbalik.

8) Sembur dengan penyembur berkanji seperti yang digunakan untuk melicinkan pakaian yang diseterika.

9)Tunggu sehingga ia kering sebelum digunakan semula.

0 ulasan: